Grab PSV : Patutkah Saya Mengambil Lesen PSV Untuk Memandu Sebagai Pemandu Grab Atau E-Hailing Lain?

PATUTKAH ANDA MENGAMBIL LESEN PSV UNTUK MENERUSKAN PEKERJAAN GRAB DRIVER?


Apakah itu PSV?
PSV adalah short form kepada Public Service Vehicle. Lesen ini adalah wajib jika anda mengambil penumpang atau barangan yang berbayar atau lebih mudah dikenali sebagai Lesen Teksi, Lesen Bas

Adakah PSV wajib untuk diambil sebelum mendaftar Grab?
Sementara tidak ada lagi jawapan yang muktamad sama-ada kategori E-hailing adalah SAMA dengan kategori Jurupandu (JP) dan teksi.

Pihak Grab masih berbincang dengan SPAD/APAD, JPJ dan Kementerian Pengangkutan untuk mencapai persetujuan yang munasabah dan adil kepada para pemandu Grab dan E-hailing lain. Dari info dalam, pihak Grab bercadang untuk memperkenalkan kategori PSV E-hailing sebab kebanyakan pemandu Grab hanya memandu secara Part Time.

Proposal SPAD 2018


Bilakah undang-undang PSV akan dilaksanakan terhadap pemandu E-hailing? 
Secara Rasminya, 12hb Julai 2019 adalah hari terakhir dari Menteri Kementerian Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Perlukah anda mengambil PSV sekarang untuk mengelakkan huru-hara pada bulan Jun/Julai nanti?
Pada pendapat saya, kalau anda ingin menambah alternatif selain dari hanya memandu Grab, anda boleh mengambil lesen PSV, sebab anda boleh menceburi kerjaya dalam memandu teksi dan bas pada masa depan.

Jika anda hanya nak memandu Grab secara part-time, saya cadang anda untuk menunggu pengumuman dari Grab Malaysia. Mungkin anda hanya perlu mengambil lesen E-hailing sahaja.

Bolehkah anda mendaftar Grab sekarang tanpa Lesen PSV?
Boleh. Anda masih boleh mendaftar tanpa perlu mengambil lesen PSV. Rujuk post di bawah cara mendaftar Grab tanpa perlu hadir ke HQ dan dapatkan kredit percuma RM20 hari ini.

Borang Pendaftaran Grab Driver Untuk Android/IOS:

Download Aplikasi KL Selangor Driver Registration dgn link ini:
Sekiranya anda masih mempunyai masalah untuk pendaftaran Grab Driver, click link di bawah untuk menghubungi admin whatsapp.grabdrivermy.com


+60163168357 (BM, English, Mandarin)


Comments

Popular posts from this blog

Cara Untung Dan Tips Memandu Sebagai Pemandu Grab? (2021 Grab Masih Boleh Untung?)

Cara Update Document Grab Driver Yang Hampir Expired (TANPA PERLU PERGI KE GRAB KIOSK)

Account Grab Driver Banned/Suspended. (APA BOLEH BUAT?)