Kepada MOT Anthony YB Loke Siew Fook Berkenaan Dengan Masa Depan Grab Driver di Malaysia


Artikel ini bertujuan untuk menyampaikan isi hati dari seorang pemandu Grab di Malaysia kepada semua pihak berkuasa, Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke Siew Fook, PUSPAKOM, SPAD/APAD.

Tahukah kebanyakan pemandu Grab dan syarikat e-hailing lain memilih untuk menjadi seorang pemandu sebab ingin menambah isi rumah. Dalam ekonomi yang merosot ini, perkerjaan sampingan adalah wajib untuk setiap keluarga. Memandu sebagai pemandu Grab adalah salah satu cara yang paling cepat untuk menjana pendapatan sampingan dalam masa yang singkat.

Tetapi sejak PRU14, pihak berkuasa menyatakan semua pemandu Grab WAJIB mengambil Lesen PSV sebelum Julai 2019. Ini telah menjadi sesuatu rintangan bagi pemandu Grab akan hadapi sebab hampir 85% pemandu Grab hanya memandu Grab sebagai PART-TIME, memaksa pemandu part-time mengambil lesen PSV seumpamanya mengambil kursus buat kek sebab nak raikan hari jadi.

Apa yang lagi mengecewakan adalah bila Menteri Pengangkutan Anthony Loke memberi komen, "No giving in to Grab Drivers",maksudnya tidak akan toleransi dengan pemandu Grab. Rujuk artikel The Star (https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/12/01/loke-no-giving-in-to-grab-drivers/)

Beliau juga komen,"If you are earning a few thousands of ringgit a month, there is no excuse not to get a PSV. The taxi drivers are gunning me and I want to make this a level playing field. No extension of date." Pada pendapat saya, mungkin beliau ternampak satu dua screenshot pemandu Grab boleh menjana beratus ringgit sehari, beliau terus mengambil angka tersebut dan darab 365-hari. Hello YB, Grab is like a business, kadang kala bagus, ada kala teruk. Bukan semua pemandu yang krik krik(tiada job) di tepi jalan post dalam Facebook.

Contohnya, setiap hujung tahun, syarikat akan memberi bonus kepada pekerja, maknanya bulan tersebut pekerja tersebut mendapat gaji bulanan+bonus. Bolehkah kita mengambil angka tersebut darab 12-bulan dan menyatakan itu gaji dia?

Mungkin lebih senang untuk jawab, I don't know about it dan sebagainya. Saya membaca berita YB Anthony adalah salah satu menteri yang amat prihatin terhadap kerja dia, naik MRT, LRT, BAS...Apa kata YB Anthony cuba memandu sebagai Grab Driver selama 7-hari untuk lebih memahami duka cita para pemandu Grab sekalian. WhatsApp saya 60163168357, saya akan menguruskan account pemandu dan training anda dalam masa 24-jam.

video source: The Star Online

Selain dari isu di atas, isu PUSPAKOM balas kepada Grab, "Puspakom to Grab and Co: We're ready to inspect your cars" dalam artikel ini (https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/02/21/puspakom-to-grab-and-co-we-are-ready-to-inspect-your-cars/). Mengikut statistik, lebih dari 300,000 pemandu Grab "on-the-road". Are you really sure you can handle all the cars this coming July 2019 than just giving out statements. Kalau tak dapat handle maknanya ramai pemandu tidak dapat terus menjana pendapatan.

Ok, andaikan Grab PSV ini berjaya dilaksanakan, bolehkah ia mencapai matlamat pihak-pihak berkuasa? Sila rujuk apa terjadi pada industri teksi sekarang.

Update terkini dari Grab, perlaksanaan Lesen Grab PSV ini juga akan menyebabkan RAMAI pemandu Grab OKU kehilanganan sumber pendapatan kerana berdasarkan undang-undang. Pemandu OKU yang memiliki Lesen A/A1 tidak boleh mengambil lesen PSV.
https://www.grab.com/my/blog/driver/pursuing-clarity-on-regulations-part-3/

























Sekian Terima Kasih.

Maafkan kalau pengunaan bahasa melayu saya tidak tepat, SPM dapat C6 sahaja.

Admin
60163168357



Comments

Popular posts from this blog

Cara Untung Dan Tips Memandu Sebagai Pemandu Grab? (2021 Grab Masih Boleh Untung?)

Cara Update Document Grab Driver Yang Hampir Expired (TANPA PERLU PERGI KE GRAB KIOSK)

Account Grab Driver Banned/Suspended. (APA BOLEH BUAT?)