Cara Book Grab Di Malaysia (FREE RM3 UNTUK BOOKING PERTAMA ANDA!)

Cara Book Grab Di Malaysia
[PERHATIAN] Sila Baca Dan Ikut Langkah Di Bawah. Jangan WhatsApp Nombor Di Dalam Blog Ini. Grab Hanya Boleh Ditempah Melalui App Sahaja


Berikut adalah langkah2 yang perlu dibuat untuk membuat tempahan GrabCar anda!

1)Download Aplikasi. Download dengan link di bawah anda akan mendapat discount sebanyak RM3 untuk booking pertama anda!
https://r.grab.com/grabdrivermy


2)Buka Aplikasi Grab. Sign Up dengan EMAIL dan NOMBOR HP anda.


3)Pastikan PICKUP LOCATION dan DROPOFF LOCATION anda adalah TEPAT(PENTING!)
-Tak pasti di mana anda berada? Tanya orang sekitar, pakai LANDMARK seperti 7Eleven, Balai Polis supaya Grab Driver anda dapat mencari kamu dalam masa yang singkat.

Pastikan anda telah BERSEDIA sebelum anda membuat booking. Grab Driver hanya boleh menunggu anda di PICKUP POINT 5 minit sahaja sebelum Grab Driver anda akan CANCEL BOOKING anda. Kalau anda sering lambat dan booking cancel, account anda akan DIBEKUKAN dan anda tidak dapat mengguna Grab lagi. Oleh itu, pastikan anda MEMBACA peraturan yang ditetapkan oleh Grab.


4)Harga Grab adalah tetap mengikut apa yang ditunjukkan di aplikasi. Harga Tambang Grab adalah TIDAK TERMASUK TOLL DAN PARKING. Grab Driver anda akan menambah tambang toll dan parking ke dalam tambang tetap anda jika ada melalui toll dan parking.

Anda TIDAK BOLEH memilih jalan yang sesak dengan sebab nak ELAK TOLL. Grab Driver berhak membatalkan booking anda jika anda tidak setuju dengan jalan yang ditetapkan di dalam GPS WAZE atau GOOGLE MAP.

Tambang Grab adalah tetap oleh itu anda tidak boleh membuat perhentian dan hala lain yang akan menyebabkan Grab Driver memakai jalan yang panjang.

5)Kalau booking berjaya, anda boleh nampak detail pemandu Grab anda seperti NAMA PENUH, PLAT KERETA, WARNA KERETA, JENIS KERETA. Untuk keselamatan anda, pastikan semua details adalah TEPAT sebelum naik kereta.

6)Selepas anda sampai di destinasi anda, sila membuat pembayaran. Dan bagi RATING kepada Grab Driver anda sebab RATING adalah penting kepada setiap Grab Driver. Tanya driver anda cara memberi rating jika anda tidak tahu caranya.



PERINGATAN
1)Anda tidak boleh memakan atau minum di dalam kereta tanpa minta izin pemandu anda.
2)Anda tidak boleh memilih jalan yang berlainan dengan GPS tanpa minta izin pemandu anda.

Sekian Terima Kasih,

Kepada pemandu Grab yang ingin menambah topic, sila tinggalkan message anda di ruang komen.


Anda berminat untuk menjadi Grab Driver untuk menjana pendapatan secara part time?
Click sini: http://grabdrivermy.blogspot.com/2018/06/daftar-grab-driver.html

Comments

Popular posts from this blog

Cara Untung Dan Tips Memandu Sebagai Pemandu Grab? (2021 Grab Masih Boleh Untung?)

Cara Update Document Grab Driver Yang Hampir Expired (TANPA PERLU PERGI KE GRAB KIOSK)

Grab Kiosk Di Kawasan KL Selangor Dan Seremban (Update 2019)