Posts

Showing posts from July, 2018

Grab - Cara untuk membuat tuntutan pembayaran ganti rugi caj pembersihan/pembaikan?(BOLEH BUAT TUNTUTAN DENGAN GRAB)

Image
Apa boleh dibuat kalau Penumpang Grab mengotorkan kereta anda? 1. Bagaimanakah cara untuk membuat tuntutan pembayaran ganti rugi caj pembersihan/ pembaikan? Sebarang kerosakan kecil yang dikenakan ke atas kereta anda boleh dituntut sehingga  RM150 . Bukti (dalam bentuk gambar) perlu diserahkan dengan laporan anda untuk membuat sebarang tuntutan. Senarai kerosakan kecil termasuk: Muntah Tumpahan makanan atau minuman Lekukan atau calar (dalam atau luar kereta) Tempat duduk yang dikotorkan oleh penumpang *Sila ambil perhatian, pampasan ini tertakluk kepada semakan kami kerana setiap situasi  adalah berbeza antara satu sama lain. ** Semua tuntutan mesti dibuat dalam masa 14 hari dari tarikh kejadian. Bagaimanakah saya boleh membuat tuntutan dalam aplikasi pemandu Grab: Tekan ‘Bantuan’ dalam aplikasi anda Tekan ‘Pusat Bantuan’ Tekan ‘Report a past trip issue’ Tekan ‘Feedback about my passenger’ Tekan ‘My passenger made a mess or damaged my car’ Pilih trip yang berkaitan Tekan di sini untuk 

Cara Dapat Grab Kit untuk Grab Driver. (CARA DAN LANGKAH YANG ANDA PERLU KETAHUI)

Image
Grab Kit Grabbers yang dihormati, Terima kasih memilih  Grab   sebagai partner pilihan anda! Kami akan memberikan anda hadiah istimewa sebagai tanda penghargaan atas usaha dan kesetiaan anda. 1.Pelekat Cermin Grab Lekatkan pelekat ini di tingkap tempat duduk penumpang. Pelekat peribadi ini akan mengalu-alukan penumpang untuk menaiki kenderaan anda dan mengingatkan mereka supaya memberi rating yang tinggi untuk kerja keras anda! Pelekat ini juga akan memberikan anda akses istimewa ke lokasi drop-off VIP! Disediakan kepada SEMUA Grabbers! 2. Pemegang Fon Keselamatan merupakan salah satu prinsip teras Grab. Oleh itu, jadikanlah perjalanan anda selamat dan bebas tangan dengan pemegang telefon ini! Disediakan kepada Grabbers BARU SAHAJA! 3. Grab Exclusive Water Bottle Hilangkan dahaga anda dengan Grab Water Bottle semasa memandu! Untuk Gold & Platinum Grabbers SAHAJA! 4. GrabLight Letakkan GrabLight ini atas dashboard anda untuk memudahkan pick up anda. GrabLight ini memudahkan Grabbers

Cara Book Grab Di Malaysia (FREE RM3 UNTUK BOOKING PERTAMA ANDA!)

Image
Cara Book Grab Di Malaysia [PERHATIAN] Sila Baca Dan Ikut Langkah Di Bawah. Jangan WhatsApp Nombor Di Dalam Blog Ini. Grab Hanya Boleh Ditempah Melalui App Sahaja Berikut adalah langkah2 yang perlu dibuat untuk membuat tempahan GrabCar anda! 1)Download Aplikasi. Download dengan link di bawah anda akan mendapat discount sebanyak RM3 untuk booking pertama anda! https://r.grab.com/grabdrivermy 2)Buka Aplikasi Grab. Sign Up dengan EMAIL dan NOMBOR HP anda. 3)Pastikan PICKUP LOCATION dan DROPOFF LOCATION anda adalah TEPAT(PENTING!) -Tak pasti di mana anda berada? Tanya orang sekitar, pakai LANDMARK seperti 7Eleven, Balai Polis supaya Grab Driver anda dapat mencari kamu dalam masa yang singkat. Pastikan anda telah BERSEDIA sebelum anda membuat booking. Grab Driver hanya boleh menunggu anda di PICKUP POINT 5 minit sahaja sebelum Grab Driver anda akan CANCEL BOOKING anda. Kalau anda sering lambat dan booking cancel, account anda akan DIBEKUKAN dan anda tidak dapat mengguna Grab lagi. Oleh itu,