Posts

Showing posts from March, 2019

Patutkah Anda Memandu Sebagai Grab Driver? (Tips2 Penting Untuk Memastikan Pekerjaan Ini Sesuai Untuk Anda!)

Image
PATUTKAH ANDA DAFTAR GRAB DRIVER? Keadaan ekonomi sekarang amat mendesak rakyat Malaysia untuk mencari sumber pendapatan kedua. Tetapi apakah pekerjaan sambilan yang sesuai untuk anda selain dari menjadi agen topup, agen insuran, agen hartanah dan sebagainya? Grab Driver . GrabCar Driver merupakah pekerjaan part time dan full time yang paling popular sejak 2015. Bukan sekadar popular di dalam bidang pekerjaan, ia juga telah menimbulkan banyak kontroversi di internet terutamanya Facebook. Salah satu sebab Grab Driver popular adalah kerana  pendaftaran  untuk menjadi pemandu Grab Driver adalah sangat mudah dan anda juga tidak perlu bersusah payah untuk pergi interview seperti pekerjaan lain. Untuk mendaftar sebagai pemandu Grab , anda hanya perlu ada kereta sendiri (2009 ke atas) dan daftar melalui link ini, kemudian akaun pemandu Grab Driver anda akan diaktifkan dalam masa 24-jam. Selepas akaun anda sudah aktif, anda boleh terus online aplikasi Grab Driver anda. Sekarang, saya aka

Kepada MOT Anthony YB Loke Siew Fook Berkenaan Dengan Masa Depan Grab Driver di Malaysia

Image
Artikel ini bertujuan untuk menyampaikan isi hati dari seorang pemandu Grab di Malaysia kepada semua pihak berkuasa, Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke Siew Fook, PUSPAKOM, SPAD/APAD. Tahukah kebanyakan pemandu Grab dan syarikat e-hailing lain memilih untuk menjadi seorang pemandu sebab ingin menambah isi rumah. Dalam ekonomi yang merosot ini, perkerjaan sampingan adalah wajib untuk setiap keluarga. Memandu sebagai pemandu Grab adalah salah satu cara yang paling cepat untuk menjana pendapatan sampingan dalam masa yang singkat. Tetapi sejak PRU14, pihak berkuasa menyatakan semua pemandu Grab WAJIB mengambil Lesen PSV sebelum Julai 2019. Ini telah menjadi sesuatu rintangan bagi pemandu Grab akan hadapi sebab hampir 85% pemandu Grab hanya memandu Grab sebagai PART-TIME, memaksa pemandu part-time mengambil lesen PSV seumpamanya mengambil kursus buat kek sebab nak raikan hari jadi. Apa yang lagi mengecewakan adalah bila Menteri Pengangkutan Anthony Loke memberi komen, "No giving in